Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Selamat datang ke laman baru Cathay Dragon di 60yearsnato.info

Laman web Cathay Dragon sudah bergabung dengan 60yearsnato.info, untuk memudahkan anda merancang perjalanan. Anda boleh mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian Cathay Dragon serta pautan lain yang berguna di bawah. 

Kini, anda boleh menikmati perkhidmatan dalam talian bersepadu kami

Sama ada anda terbang dengan Cathay Dragon atau Cathay Pacific, laman web kami menawarkan pusat sehenti mudah untuk tempahan, mengurus penempahan, daftar masuk dan banyak lagi. 

Daftar masuk dalam talian

Daftar masuk dalam talian

Daftar masuk dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih kami untuk penerbangan Cathay Dragon atau Cathay Pacific anda. Ia ringkas, mudah, cepat dan efisien.

Uruskan tempahan anda

Uruskan tempahan anda

Semua yang perlu anda sediakan untuk perjalanan anda dengan kami seperti memilih dan menukar tempat duduk anda, meminta makanan khas, dan mencetak boarding pass anda. 

Status penerbangan

Lihat status penerbangan

Sentiasa dapatkan maklumat terkini mengenai pemberitahuan perjalanan dan menerima peringatan berguna tentang penerbangan anda melalui mesej teks telefon mudah alih (SMS) dan e-mel.

Lapangan terbang

Ketahui tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang memenangi anugerah , lokasi Cathay Pacific dan Cathay Dragon serta rangkaian ruang istirehat kami di seluruh dunia.
Ketahui lebih lanjut

Maklumat bagasi

Semua yang perlu anda tahu tentang perkhidmatan bagasi kami, termasuk maklumat mengenai peruntukan anda di atas kapal, barang larangan yang tidak boleh dibawa masuk dan alat muzik. Terdapat juga panduan untuk sebarang kes kehilangan atau kerosakan bagasi.
Ketahui lebih lanjut

Hubungi kami

Anda boleh membuat pertanyaan tentang penerbangan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu atau sebagai alternatif hubungi kami mengenai hotel atau pakej percutian anda dengan kami.
Ketahui lebih lanjut

Jadual waktu penerbangan

Rancang perjalanan anda dengan mencari jadual waktu penerbangan kami, yang menampilkan senarai penuh penerbangan Cathay Pacific dan Cathay Dragon sehingga tahun hadapan.
Ketahui lebih lanjut

Atendan penerbangan Cathay Dragon

Lebih kuat apabila bersama

Cathay Dragon adalah syarikat penerbangan serantau dari kumpulan Cathay Pacific yang menyediakan perkhidmatan lengkap dan premium. Kerjasama baru yang erat dengan Cathay Pacific menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik, lancar dan lebih bersepadu untuk para penumpang kami.

Apabila anda menempah penerbangan dengan Cathay Dragon dari Tanah Besar China atau sebarang destinasi Asia serantau yang lain, anda boleh membuat penerbangan sambungan di Hong Kong dengan mudah menggunakan rangkaian global lanjutan Cathay Pacific. Bersama-sama kita terbang ke 180 destinasi di seluruh dunia.

Dengan komitmen bersama dalam perkhidmatan, reka bentuk, jaminan dan kesejahteraan, Cathay Pacific serta Cathay Dragon menjanjikan perkara yang sama kepada penumpang mereka bagi membolehkan Life Well Travelled (Kehidupan Mengembara yang Baik).

Kelas penerbangan Cathay Dragon

Perincian menjadikan pengalaman dalam penerbangan berbeza