Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Kelab Marco Polo

Selamat datang ke kelab

Kelab Marco Polo ialah program kesetiaan Cathay Pacific dan Cathay Dragon yang direka untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami yang paling istimewa dengan manfaat dan perkhidmatan yang meningkatkan pengalaman perjalanan mereka. Terdapat empat peringkat dalam kelab tersebut – Green, Silver, Gold dan Diamond – dan setiap peringkat menawarkan ahli-ahlinya pelbagai keistimewaan dan manfaat yang menjadikan setiap perjalanan sesuatu pengalaman yang mengujakan.

Mengapa menyertai?

Kelab Marco Polo menjadikan perjalanan lebih baik dengan menawarkan anda pengiktirafan peribadi yang lebih hebat, keistimewaan eksklusif dan manfaat istimewa dengan rakan kongsi kami.

Pengiktirafan

Kami melakukan yang terbaik untuk menjadikan perjalanan anda selancar yang mungkin dengan perkhidmatan yang memenuhi keperluan anda dan sering melangkaui jangkaan anda – dan lebih tinggi peringkat anda di dalam kelab, lebih banyak manfaat yang boleh anda jangkakan.

Ganjaran

Terdapat banyak manfaat pada setiap peringkat, kesemuanya direka untuk membantu perjalanan anda dengan baik. Sebaik sahaja anda memperoleh club points dan melepasi pencapaian tertentu, anda akan menerima manfaat peringkat pertengahan, satu ciri unik kelab ini.

Manfaat rakan kongsi

Pengalaman perjalanan anda melangkaui Cathay Pacific dan Cathay Dragon untuk merangkumi keistimewaan pada semua syarikat penerbangan dalam oneworld alliance. Untuk perkhidmatan di darat, anda akan memperoleh lebih banyak manfaat nilai tambah dengan rakan kongsi hotel dan sewa kereta kami.

Club points dan manfaat

Sebagai ahli Marco Polo Club, anda akan memperoleh mata kelab dan menikmati faedah eksklusif apabila anda terbang dengan Cathay Pacific, Cathay Dragon dan syarikat penerbangan oneworld.

Kelas Bisnes

Club points

Anda memperoleh club points setiap kali anda menggunakan khidmat penerbangan dalam kelas tambang yang anda layak dengan Cathay Pacific, Cathay Dragon atau mana-mana syarikat penerbangan oneworld alliance kami.

Kira jumlah club points untuk perjalanan anda yang seterusnya

 

Kaunter ruang istirehat CX lapangan terbang antarabangsa Hong Kong

Manfaat kelab

Ahli menerima keistimewaan dalam penempahan, daftar masuk, elaun bagasi, akses ruang istirehat premium di seluruh dunia dan banyak lagi berdasarkan peringkat keahlian mereka. Sebaik sahaja ahli mengumpul club points, manfaat peringkat pertengahan yang unik kami akan tersedia dan ini menjadikan perjalanan lebih baik.

Lihat manfaat kelab

Lapangan terbang Hong Kong

Manfaat rakan kongsi

Manfaat perjalanan anda juga dilanjutkan kepada semua syarikat penerbangan oneworld dan anda boleh melanjutkan manfaat anda untuk perkhidmatan di darat dengan mana-mana rakan kongsi hotel dan kereta sewa kami.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai oneworld dan rakan kongsikelab kami

Daftar / Log masuk

Sertai sekarang untuk menikmati pelbagai manfaat keahlian Kelab Marco Polo. Jika anda sudah menjadi ahli, log masuk untuk melihat akaun dalam talian anda.

Dapatkan yang terbaik daripada kedua-duanya

Ahli Kelab Marco Polo menjadi ahli Asia Miles secara automatik. Asia Miles memberikan ahli pelbagai manfaat yang melengkapkan keistimewaan yang ditawarkan oleh Kelab Marco Polo. Untuk membantu anda mendapat yang terbaik daripada kedua-duanya, kami telah mencipta satu infografik mudah dan video yang memaparkan sorotan persamaan dan perbezaan kedua-dua keahlian.

Luangkan masa seketika untuk menonton video atau kami.