Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Program MICE Kami

Hong Kong adalah salah satu daripada pusat Konvensyen dan Pameran peneraju di Asia. Cathay Pacific, syarikat penerbangan kebanggaan Hong Kong pula adalah rakan niaga terbaik untuk merancang perjalanan dan acara anda. Pasukan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions, MICE) kami akan menyusun atur penyelesaian perjalanan khusus untuk memenuhi keperluan individu anda.

Merancang dan Menghadiri Persidangan dan Pameran

Perkhidmatan kami yang direka khusus untuk penganjur dan perwakilan acara, supaya mereka dapat menikmati tambang istimewa untuk rangkaian Cathay Pacific ke lebih 190 destinasi di seluruh dunia.

Pejabat kami di seluruh dunia sedia berkhidmat untuk anda. Kami juga menyediakan perkhidmatan penempahan dalam talian 24 jam yang mudah untuk digunakan.

Untuk Syarikat Pengurus Acara: Daftar sebagai rakan MICE sekarang!

Pilih Cathay Pacific sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi persidangan dan pameran anda untuk membolehkan perwakilan anda menikmati tawaran perjalanan istimewa dan kemudahan perkhidmatan tempahan sehenti dalam talian dan di seluruh dunia. Daftar sebagai rakan MICE kami sekarang. Hantarkan kertas cadangan acara dan butiran hubungan anda. Kami akan menghubungi anda dengan cadangan perjalanan yang menepati keperluan khusus anda. 

Bagi membincangkan Perjalanan Insentif dan Pertemuan anda, sila hubungi pejabat Cathay Pacific atau Cathay Dragon tempatan anda.

Untuk Para Perwakilan Acara: Tempah dengan kami dan nikmati semua kelebihan ini

  • Kemudahan tempahan dalam talian, pantas dan mudah.
  • Ambil peluang tawaran tambang istimewa daripada Cathay Pacific; gunakan Kod Acara MICE yang dikhususkan untuk anda.
  • Rakan seperjalanan anda juga boleh menikmati tawaran ini.
  • Tambang khusus untuk perjalanan sehingga dua minggu sebelum acara.
  • Nikmati perkhidmatan bertaraf dunia Cathay Pacific dan Cathay Dragon. Anda akan menikmati perjalanan yang lancar ke acara antarabangsa dengan rangkaian global kami yang mempunyai 190 destinasi serta lebih 900 destinasi bersama oneworld alliance.
  • Kumpulkan mata Asia Miles dengan tambang istimewa yang kami tawarkan.
corporate-travel-solutions-1

Tawaran dalam talian eksklusif

Cathay Pacific menawarkan tambang tiket penerbangan eksklusif kepada anda dengan pelbagai keistimewaan nilai tambah yang boleh anda nikmati apabila terbang bersama kami untuk menghadiri konvensyen, pameran, mesyuarat korporat dan kumpulan insentif di mana sahaja.

Kalendar acara

Kami menawarkan tambang tiket penerbangan istimewa di samping tawaran promosi di seluruh dunia. Ini masa terbaik untuk menikmati perkhidmatan kelas dunia kami yang terkenal di udara mahupun di darat.

Maklumat Perhubungan

  • E-mel:
    [email protected]
  • Alamat:
    Pasukan MICE
    Revenue Management Sales and Distribution Department
    9/F, North Tower, Cathay Pacific City
    8 Scenic Road, Hong Kong International Airport