Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Undang-undang dan privasi

Hak Cipta dan Penafian

PENAFIAN

Maklumat dalam laman web ini disediakan khusus untuk memberi maklumat tentang Cathay Pacific Airways Limited (“Cathay Pacific”) dan anak syarikatnya (termasuk Hong Kong Dragon Airlines Limited (“Cathay Dragon”)) dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Ia tidak menunjukkan tawaran untuk menjual sebarang saham dan tidak boleh menjadi rujukan apabila ia berkaitan dengan sebarang keputusan pelaburan.

Laman web ini disediakan secara ikhlas oleh Cathay Pacific dan Cathay Dragon daripada sumber dalaman dan luaran. Walaupun Cathay Pacific dan Cathay Dragon berusaha untuk memastikan maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini adalah maklumat terkini, Cathay Pacific dan Cathay Dragon tidak membuat sebarang representasi atau memberi sebarang jaminan kepada kelengkapan atau ketepatan maklumat dalam laman web ini. Oleh itu, anda perlu mengesahkan maklumat yang diperolehi dari laman web ini sebelum anda bertindak berdasarkan maklumat berkenaan dengan menghubungi pejabat tempatan Cathay Pacific atau Cathay Dragon, rakan niaga Cathay Pacific atau Cathay Dragon yang berkenaan atau ejen pelancongan (yang berkaitan).

Penerbitan ini disediakan 'seperti sedia ada' tanpa sebarang jaminan atau representasi dalam sebarang bentuk, sama ada nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan tersirat atau syarat kebolehdagangan tersirat, kesesuaian untuk tujuan khusus atau bukan pelanggaran.

Apabila anda mengakses dan/atau menggunakan sebarang maklumat atau bahan yang diperolehi daripada, atau disediakan pada, atau melalui laman web ini, anda bersetuju bahawa Cathay Pacific dan Cathay Dragon tidak akan bertanggungjawab untuk anda atau orang lain dalam sebarang bentuk, atas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau sampingan (termasuk, tanpa had, kehilangan atau kerosakan data) yang timbul akibat, atau berkaitan dengan sebarang penggunaan maklumat dan/atau bahan, sama ada bahan sedemikian dan/atau bahan yang diperolehi daripada, atau disediakan pada laman web ini atau daripada akses anda kepada bahan lain di internet melalui pautan web dari laman web ini.

Pengecualian dan batasan di atas hanya diguna pakai setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Pengangkutan penumpang, bagasi dan kargo melalui udara adalah menurut Syarat Pengangkutan Cathay Pacific dan/atau Syarat Pengangkutan Cathay Dragon (yang berkenaan). Perkhidmatan dan produk lain yang diterangkan dalam laman web ini yang meliputi perkhidmatan mudah alih kami melalui peranti mudah alih dan wayarles, juga tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Butirannya boleh didapati daripada Cathay Pacific atau Cathay Dragon atau penyedia perkhidmatan lain (yang berkenaan).

Hak cipta bahan yang terpapar di laman web ini dan yang disediakan melalui peranti mudah alih dan wayarles anda dimiliki oleh Cathay Pacific dan Cathay Dragon. Tiada bahagian dalam bahan seperti ini yang dimasukkan dalam peranti berkenaan boleh diterbitkan semula, dihantar atau dimuat turun dan disimpan kecuali anda boleh menyalin sebarang bahagian dalam bahan sedemikian menurut syarat berikut:-

  1. Bahan boleh digunakan hanya untuk penggunaan peribadi dan bukan tujuan komersial.
  2. Salinan mesti mengekalkan sebarang hak cipta atau pemberitahuan harta intelektual yang terkandung dalam bahan asal; dan
  3. Produk, teknologi atau proses yang diterangkan dalam laman web ini dan maklumat serupa yang disediakan melalui peranti mudah alih dan wayarles anda mungkin menjadi subjek hak harta intelek lain oleh Cathay Pacific dan Cathay Dragon atau pihak ketiga lain. Tiada lesen diberikan mengenai hak harta intelek ini.

Semua tanda yang dikenal pasti dengan simbol ® atau TM adalah tanda dagangan berdaftar atau tanda perkhidmatan berdaftar yang dimiliki atau tanda dagangan atau tanda perkhidmatan yang digunakan oleh Cathay Pacific dan Cathay Dragon. Anda dilarang menggunakan tanda sedemikian tanpa kebenaran bertulis daripada Cathay Pacific dan Cathay Dragon.

Penggunaan hiperpautan ke laman internet atau sumber lain adalah atas risiko anda sendiri. Kandungan, ketepatan, pendapat yang dinyatakan dan pautan lain yang diberikan di laman web ini tidak diselidik, disahkan, dipantau atau diiktiraf oleh Cathay Pacific dan Cathay Dragon. Cathay Pacific dan Cathay Dragon menafikan sebarang tanggungjawab berkaitan dengan ketepatan, kandungan, ketersediaan atau ketinggalan maklumat yang didapati pada laman yang dipautkan kepada atau dari laman web ini. Oleh itu, anda mesti membuat semua pertanyaan dan semakan sebelum meneruskan sebarang akses secara dalam talian atau luar talian atau membuat transaksi dengan sebarang pihak ketiga ini. Kami tidak menjamin keselamatan sebarang maklumat yang mungkin anda serahkan atau diminta untuk diserahkan kepada sebarang pihak ketiga. Anda dengan muktamad mengetepikan sebarang tuntutan terhadap kami di atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami akibat sebarang akses atau interaksi dengan sebarang laman web lain melalui laman web ini.

Penggunaan laman web ini dan perkhidmatan mudah alih kami yang disediakan melalui peranti mudah alih dan wayarles anda menunjukkan persetujuan anda kepada terma dan syarat yang digariskan di atas. Terma ini mungkin diubah suai dari semasa ke semasa. Oleh itu, Cathay Pacific dan Cathay Dragon berhak untuk meminda terma dan syarat ini dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan laman web ini dan perkhidmatan mudah alih kami yang disediakan melalui peranti mudah alih dan wayarles anda selepas sebarang perubahan adalah menunjukkan persetujuan anda kepada perubahan sedemikian. Jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana bahagian dalam laman web ini atau maklumat serupa yang diberikan melalui peranti mudah alih dan wayarles anda, atau dengan sebarang atau semua terma penggunaan, satu-satunya pilihan paling baik untuk anda adalah untuk berhenti menggunakan laman web ini dan/atau perkhidmatan mudah alih kami.

(Kandungan di atas boleh diterjemahkan dalam bahasa lain. Namun, versi Bahasa Inggeris hendaklah sentiasa mengatasi versi lain jika berlaku sebarang konflik.)

Semua fail yang boleh dimuat turun pada halaman ini ialah dalam bentuk PDF (Format Dokumen Mudah Alih) dan boleh dilihat dengan menggunakan Adobe Acrobat Reader. Anda boleh memuat turun Adobe Acrobat Reader tanpa sebarang kos daripada .

Notis ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan boleh diterjemahkan dalam bahasa lain. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Terma dan Syarat ini kali terakhir dikemas kini pada 1 April 2015.

Lebih lanjut mengenai undang-undang dan privasi

Syarat Pengangkutan Cathay Pacific (PDF)

Syarat Pengangkutan Cathay Dragon (PDF)

Pemberitahuan kepada Piagam Hak Penumpang untuk perjalanan ke/dari India (PDF)

Notification of Rights to Benefits under the Israel Aviation Services Law (PDF)

Syarat Kontrak ET/ Notis & Liabiliti Pesawat Udara EC 889 terhadap Penumpang/ Bagasi mereka (PDF)

Semua fail yang boleh dimuat turun pada halaman ini ialah dalam bentuk PDF (Format Dokumen Mudah Alih) dan boleh dilihat dengan menggunakan Adobe Acrobat Reader. Anda boleh muat turun Pembaca tanpa dikenakan bayaran dari .