Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan

Terbang dengan lebih keselesaan dalam Kelas Ekonomi

Nikmati ruang peribadi yang lebih banyak semasa anda terbang. Regangkan badan di tempat duduk kami dengan ruang kaki tambahan di Kelas Ekonomi—tersedia untuk HKD390/USD50* tambahan dalam penerbangan jarak dekat, dan HKD1,170/USD150* dalam penerbangan jarak jauh. Anda juga boleh menebus tempat duduk menggunakan Asia Miles anda.

Ahli Silver Kelab Marco Polo atau ke atas dan penumpang penerbangan kerap oneworld® (Ruby, Sapphire dan Emerald) boleh menempah tempat duduk ruang kaki tambahan mereka secara percuma.

Sila ambil perhatian: Tempat duduk adalah tertakluk kepada ketersediaan dan ditawarkan berdasarkan tiba dahulu, layan dahulu. Penumpang mesti memenuhi keperluan keselamatan baris keluar yang dinyatakan pada halaman ini.

 

perjalanan

Menempah tempat duduk dengan ruang kaki tambahan

Beli


  • Pilih tempat duduk dengan ruang kaki tambahan apabila anda menempah secara dalam talian dengan kami.
  • Anda boleh log masuk ke laman Mengurus Tempahan untuk menempah tempat duduk dengan ruang kaki tambahan selepas menempah penerbangan kami (tempahan dibuka sehingga 55 jam sebelum waktu perlepasan).
  • Sebagai alternatif, hubungi Pusat Hubungan Global kami selepas tiket anda dikeluarkan, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda terbang.
  • Anda juga boleh menempah di kaunter daftar masuk di bandar atau lapangan terbang.

Tebus


  • Ahli Asia Miles: Hubungi selepas tiket anda dikeluarkan, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda terbang. Sebagai alternatif, tebus tempat duduk anda di Kaunter Perkhidmatan Asia Miles di lapangan terbang Hong Kong.
  • Ahli Kelab Marco Polo (Silver atau ke atas): Hubungi talian utama Kelab Marco Polo selepas tiket anda dikeluarkan, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda berlepas; atau tebus tempat duduk anda di Kaunter Perkhidmatan Kelab Marco Polo di lapangan terbang Hong Kong secara percuma. Sebagai alternatif, anda boleh menempah secara dalam talian untuk menempah tempat duduk dengan ruang kaki tambahan secara percuma. Untuk ahli Green Kelab Marco Polo, lihat jadual di bawah untuk penebusan menggunakan Asia Miles.
  • Penumpang penerbangan kerap oneworld® (Ruby, Sapphire dan Emerald): Hubungi Pusat Hubungan Global kami selepas tiket anda dikeluarkan, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda berlepas. Anda juga boleh menebus tempat duduk anda di kaunter daftar masuk di bandar atau lapangan terbang secara percuma.

Sila ambil perhatian: Tempat duduk 40C B77G dan B77H, serta tempat duduk 40H B77H adalah tempat duduk dengan ruang kaki tambahan yang tidak berhampiran pintu keluar kecemasan.

Yuran tempat duduk dengan ruang kaki tambahan

Long haul
Flights between Hong Kong and Southwest Pacific, North America, Europe, Africa, the Middle East or the Indian Subcontinent (Bangladesh, India, Maldives, Nepal, Pakistan and Sri Lanka).
Purchase
USD 150/HKD 1,170*
Redeem
30,000 Asia Miles
Short haul / regional
Other Cathay Pacific/Cathay Dragon operated flights not listed above, including flights between Hong Kong and Japan/Korea/China/Taiwan.
Purchase
USD 50/HKD 390*
Redeem
10,000 Asia Miles

*Charge is paid in HKD (first sector departing from Hong Kong) or equivalent in local currency (first sector departing from other destinations) by the exchange rate for USD at the point of sale, and is subject to currency fluctuation.

Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan terletak berdekatan dengan pintu keluar kecemasan*, dan tertakluk kepada garis panduan keselamatan penerbangan Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong.

Seorang penumpang akan diberikan tempat duduk dengan ruang kaki tambahan jika dia memenuhi keperluan keselamatan yang berikut dan tidak akan menghalang pintu kecemasan yang mengganggu anak-anak kapal menjalankan tugas mereka, menghalang akses kepada peralatan kecemasan, atau menghalang pemindahan pesawat.

Penumpang yang menduduki tempat duduk dengan ruang kaki tambahan mesti:

  • Sekurang-kurangnya berusia 12 tahun pada permulaan perjalanan;
  • Dapat memahami dan melaksanankan arahan keselamatan dalam bahasa Inggeris atau Cina;
  • Dapat segera mencapai, mengangkat dan menolak buka pintu keluar dalam keadaan kecemasan;
  • Bukan seorang penumpang bawah umur yang tidak ditemani;
  • Sihat;
  • Bukan seorang penumpang dengan sebarang kecacatan kekal atau sementara. Ini termasuk penumpang yang mengembara dengan seekor anjing bantuan, menggunakan oksigen mudah alih, atau memerlukan penggunaan peralatan perubatan semasa penerbangan;
  • Tidak bersama bayi;
  • Tidak di bawah pengaruh bahan yang memabukkan;
  • Tidak mengembara bersama seseorang yang memerlukan bantuan mereka semasa kecemasan; atau
  • Tidak memerlukan penggunaan tali pinggang keledar tambahan.

Jika seorang penumpang tidak memenuhi keperluan keselamatan di atas, Cathay Pacific/Cathay Dragon boleh menetapkan semula tempat duduk Ekonomi biasa sebelum atau semasa perjalanan tanpa pulangan yuran tempahan tempat duduk dengan ruang kaki tambahan.

*Sila ambil perhatian: Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan di baris 22-27 pesawat A320 Jenis 2 dan tempat duduk 40C B77H tidak berhampiran pintu kecemasan.

Sila pastikan anda menukar penerbangan anda bersama tempat duduk dengan ruang kaki tambahan tempahan anda. Jika anda telah menempah dan membayar untuk tempat duduk dengan ruang kaki tambahan tetapi anda telah menukar penerbangan secara dalam talian dengan kami, sila hubungi Pusat Hubungan Global untuk menyusun semula tempat duduk dengan ruang kaki tambahan anda.

Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dikembalikan, dengan beberapa pengecualian.

Cathay Pacific/Cathay Dragon akan mengembalikan yuran tempahan tempat duduk dengan ruang kaki tambahan jika tempat duduk itu tidak digunakan, di bawah keadaan yang berikut:

  • Penerbangan itu tergendala.
  • Penerbangan itu dibatalkan oleh Cathay Pacific Airways atau Cathay Dragon.
  • Tertinggal penerbangan sambungan kerana penjadualan semula penerbangan masuk dan keluar yang dikendalikan oleh Cathay Pacific atau Cathay Dragon.
  • Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan tidak tersedia apabila anda bertukar ke penerbangan yang berbeza.

Pengembalian wang ialah sebanyak USD150 (jarak jauh) atau USD50 (jarak dekat), atau jumlah yang sama dalam mata wang tempatan anda. Pengembalian itu ialah pampasan penuh dan terakhir. Bayaran balik akan dilakukan dalam bentuk asal bayaran dalam masa 7 hari kalendar.

Sila ambil perhatian: Pelanggan yang membatalkan tempahan asal mereka tanpa menempah semula penerbangan lain pada masa yang sama tidak layak untuk untuk mendapat bayaran balik.

  1. Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan diperuntukkan kepada individu yang layak berdasarkan tiba dahulu, layan dahulu, dalam penerbangan yang dikendalikan oleh Cathay Pacific/Cathay Dragon.
  2. Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan direka secara berasingan dan bebas untuk setiap penerbangan.
  3. Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan tersedia pada harga USD$150 atau USD$50, atau nilai yang sama dalam mata wang tempatan mengikut kadar tukaran USD pada masa jualan.
  4. Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan hanya diperuntukkan selepas bayaran penuh yuran tempat duduk dengan ruang kaki tambahan dan tambang tiket.
  5. Tiada mata mileage diberikan untuk jumlah yang dibayar bagi tempat duduk dengan ruang kaki tambahan.
  6. Jika anda mengemukakan Bidaan Naik Taraf bagi kelas kabin yang lebih tinggi dan bidaan tersebut berjaya, bayaran bagi Tempat Duduk dengan Ruang Kaki Tambahan tidak akan dipulangkan.
  7. Penumpang perlu memenuhi keperluan keselamatan baris keluar semasa menduduki tempat duduk dengan ruang kaki tambahan. Keperluan keselamatan baris keluar tersedia pada halaman ini.
  8. Cathay Pacific/Cathay Dragon mempunyai budi bicara tunggal, semasa mendaftar masuk atau boarding, untuk menentukan sama ada penumpang yang memenuhi syarat untuk duduk di tempat duduk dengan ruang kaki tambahan. Jika penumpang tidak memenuhi keperluan keselamatan yang sepatutnya, Cathay Pacific/Cathay Dragon boleh memperuntukkan semula tempat duduk Ekonomi biasa sebelum atau semasa perjalanan tanpa memulangkan yuran tempahan tempat duduk dengan ruang kaki tambahan.
  9. Tempat Duduk dengan ruang kaki tambahan mempunyai ciri-ciri tertentu, termasuk spesifikasi berikut:
    - Terdapat lebih banyak ruang untuk kaki berbanding tempat duduk lain dalam kabin Ekonomi;
    - Tempat letak tangan di antara tempat duduk dengan ruang kaki tidak boleh ditarik kerana dulang makanan disimpan di bahagian tempat letak tangan;
    - Tempat duduk dengan ruang kaki tambahan terletak berhampiran pintu keluar kecemasan*.
    *Sila ambil perhatian: Tempat duduk 40C B77G dan B77H, serta tempat duduk 40H B77H adalah tempat duduk dengan ruang kaki tambahan yang tidak berhampiran pintu keluar kecemasan.