Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Bantuan untuk penumpang

Sebagai sebahagian daripada komitmen kami yang berterusan untuk perkhidmatan yang terbaik, Cathay Pacific dan Cathay Dragon boleh membantu dalam pelbagai keperluan perjalanan anda.

Maklumkan kami tentang keperluan perjalanan khas anda seawal mungkin sebelum penerbangan anda. Untuk mengatur sebarang bantuan, sila hubungi pejabat tempahan tempatan anda.

Sebelum anda terbang

Jika anda memerlukan oksigen tambahan dalam penerbangan Cathay Pacific atau Cathay Dragon anda, sila hubungi kami 72 jam lebih awal supaya kami boleh membuat persiapan yang diperlukan.

Kami memerlukan notis awal sekurang-kurangnya 48 jam  jika anda mahu:

  • Menggunakan sebarang peranti elektronik perubatan mudah alih termasuk POC, mesin CPAP, alat pernafasan atau alat pengalih udara dalam penerbangan.*
  • Perjalanan yang melibatkan pengusung.
  • Perjalanan berkumpulan yang melibatkan sepuluh orang atau lebih penumpang kurang upaya.
  • Perjalanan dengan anjing bantuan di mana jadual penerbangan tersebut mengambil masa lebih 8 jam.


Di lapangan terbang

Jika anda pernah meminta bantuan khas sebelum ini, kakitangan kami mungkin meminta pengesahan tentang keperluan anda di kaunter. Ini mungkin terdapat dalam borang senarai semak atau pelepasan perubatan sebelum penerbangan.

Jika anda didapati berada dalam keadaan tidak sihat untuk menaiki pesawat atau tidak mematuhi garis panduan keselamatan kami, Cathay Pacific dan Cathay Dragon berhak untuk menghalang anda daripada menaiki pesawat. Ini adalah untuk keselamatan anda sendiri. Kami sudah pasti akan melakukan yang terbaik untuk membayar balik tiket perjalanan anda sama ada separa atau, jika boleh, sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan terperinci kami untuk perbezaan bantuan yang kami berikan menggunakan maklumat di bawah. Untuk merujuk terus kepada seseorang, hubungi pejabat tempahan tempatan atau ejen pelancongan anda.